Penutup dan kesimpulan Sabran Asmawi

Tidak ada monumen besar dan legasi yang nyata pada pandangan mata ditinggalkan oleh Allahyarham TG. Tidak juga harta yang melimpah ruah. Baginya, aset terpenting hanya tiga perkara ditinggalkan yang boleh menjamin kesinambungan pahala hingga hari kiamat. Pertama: Sedekah jariah, Kedua: Ilmu yang bermanafaat dan diamalkan oleh para muridnya dan Ketiga: Anak-anak yang ramai lagi soleh yang mendoa'kan kebahagiannya di alam baqa'. Ini adalah pegangan Allahyarham TG dan harus menjadi pegangan setiap muslim berdasarkan al-Hadis Nabi s.a.w:

(اذا ﻣﺎت اﺑﻦ ادم اﻧﻘﻄﻊ ﻋﻣﻠﻪ إلأ ﻣﻦ ﺛﻠاث: ﺻﺪﻗﻪ ﺟﺎرﻳﻪ, أوﻋﻠﻢ ﻳﻨﺘﻔﻊ ﺑﻪ, أو وﻟﺪ ﺻﺎﻟﺢ ﻳﺪﻋﻮﻟﻪ)

Ertinya: "Apabila seorang anak Adam itu meninggal, terputuslah semua amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah, ilmu yang memberi manafaat atau anak soleh yang berdoa untuknya".

Ini adalah sebahagian dari apa yang telah diajarkan oleh baginda Rasulullah s.a.w yang menjadi ikutan ahli keluarga baginda, para sahabat, pengikut sahabat, alim ulama', tok-tok guru dari dahulu hinggalah hari kiamat. Bukanlah harta dan kemegahan dunia; yang boleh menjadikan kita leka dan lalai. Kerana hasutan syaitan yang sentiasa mengintai untuk menyesatkan manusia seterusnya membawa kita terjerumus ke dalam neraka, kita mohon di jauhkan Allah Ta'ala.

Selain dari itu bukanlah sahaja masalah-masalah furug yang menjadi agenda usaha dakwah Allahyarham TG, malah Ideologi dan pemikiran yang membawa kepada menularnya budaya jahat dalam masyarakat seperti Hendonisme, Liberalisme, Islamic phobia, Islam Moderate, Politik suku agama suku dan pelbagai lagi isu ummah di tangani dengan penuh berhikmah serta tunjuk ajar tauladan yang baik.

Penghuraian pertembungan di antara ilmu Sains dan al-Quran yang menjadi “hudan”[24] (ﻫﺩي ﻟﻠﻨﺎس) atau pertunjuk kepada ummat manusia keseluruhannya, juga sering dijadikan topik perbincangan semasa mengadakan kuliah. Penggunaan minyak biodiesel umpamanya, sudah disebut di dalam al-Qura'an lebih 1400 tahun dahulu sebagaimana firman Allah Ta'ala[25]:

(اﻟﺬي ﺟﻌﻞ ﻟﻜﻢ ﻣﻦ اﻟﺸﺠﺮ الأﺧﻀﺮ ﻧﺎرا ﻓﺎذا أﻧﺘﻢ ﻣﻨﻪ ﺗﻮﻗﺪون)

Ertinya: "Iaitu tuhan yang menjadikan untukmu api dari kayu yang hijau, maka tiba-tiba kamu nyalakan (api) dari kayu itu"

Tetapi hanya baharu sekarang manusia menemui mukjizat al-Qur'an ini; apabila minyak kelapa sawit di jadikan fuel atau bahan bakar. Tidakkah ia (biodiesel) ini berasal dari daun kayu yang hijau? al-Qur'an tidak pernah bercanggah dengan Sains. Cuma kadang-kadang Sains yang berasaskan pemikiran manusia semat-mata tidak mampu untuk melihat lebih jauh dari apa yang dinyatakan oleh Allah Ta'ala di dalam al-Qur'an.

Bumi ini dilitupi oleh hampir 70% daripada air lautan yang berfungsi untuk menyejukkan dan melicinkan (sumpama coolent) bagi peredaran putaran bumi. Ini adalah kerana di dalam perut bumi itu terdapat kepanasan yang melampau seumpama enjin yang menggerakkan segala aktviti alam di atas muka dunia. Itu adalah keagongan dan kebesaran Allah Ta’ala yang maha pencipta.

Di antara keagongan lain dan sangat kreatifnya Allah Ta’ala, yang telah menjadikan segala sesuatu di dunia ini dengan konsep re-cycle serta bio-degradable. Tidak ada satu benda pun yang dicipta Allah Ta’ala yang tidak boleh di kitar semula berbanding dengan ciptaan manusia, yang majoritinnya hanya melakukan kerosakkan atau mencemarkan alam sekitar. Maka awal-awal lagi Allah Ta’ala telah meraqamkan hal ini di dalam al-Quran [26]:

(ﻇﻬﺮ اﻟﻔﺴﺎد ﻓﻲاﻟﺒﺮ واﻟﺒﺤﺮ ﺑﻤﺎ ﻛﺴﺒﺚ أﻳﺪي اﻟﻨﺎس...إﻟﻲاﺧﻳﺮه)

Ertinya: “Telah nampak kerosakan di daratan dan di lautan, kerana perbuatan tangan manusia . supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)”

Adakah kita mengambil pengajaran ayat ini setelah berlaku ombak besar Tsunami pada tahun 2004 yang telah mengorbankan lebih 150,000 orang itu? Adakah kita telah kembali ke jalan yang benar yang dikehendaki dalam ayat tersebut? Sesungguhya manusia tersangat lalai yang hanya melihat fenomena alam sebagai satu bencana tanpa mahu menerima ia sebahagian dari bala atau peringatan dari Allah Ta’ala.

Tersebut itu adalah di antara pokok utama pemikiran Allayarham TG yang hendak di ketengahkan kepada masyarakat. Usaha murni ini pastinya belum selesai, tetapi insya-Allah ia pasti akan diteruskan oleh generasi pelapis dan pewaris nabi yang akan datang silih berganti hinggalah umur dunia sampai ke penghujungnya. Pasti ramai lagi pengganti Allahyarham di luar sana, yang sedia mengambil alih tempat menunaikan tanggugjawab yang maha agung ini.

Rujukan

WikiPedia: Sabran Asmawi http://quran.al-islam.com/Targama/DispTargam.asp?n... http://www.mail-archive.com/harakahdaily@yahoogrou... http://www.ijn.com.my http://www.karyanet.com.my/knet/ebook/preview/p_Ma... http://www.pilihanraya.com.my http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2005&d... http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&d... http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&d... http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&d... http://mufti.penang.gov.my/ahlijawatankuasa.htm